Monday, September 6, 2010

Pengenalan Google Adsense

April 26, 2010 by admin  
Filed under Adsense

Share

Salam semua, pada kali ini saya mahu menerangkan serba sedikit apa yang saya tahu mengenai adsense.

Google Adsense adalah program yang menyediakan peluang kepada publisher (iaitu anda) untuk menjana pendapatan secara online melalui komisyen yang di bayar oleh pihak Google terhadap iklan advertiser yang di klik oleh pengunjung di blog anda. Untuk memahaminya dengan lebih lanjut, anda harus mengetahui bagaimana Google menjana pendapatan berbillion US dollar setiap tahun.

Google Adwords Program

Untuk makluman anda, Google Incorporation menjana pendapatan mereka melalui sumber pengiklanan di laman web pencarian mereka, ianya dipanggil sebagai Google Adwords, yang berdasarkan kepada PPC (Pay Per Click) program.

Menerusi Google Adwords, para advertiser berpeluang mengiklankan produk ataupun service mereka secara terus kepada potential customer berdasarkan kepada keyword yang digunakan oleh pengunjung dalam mencari maklumat di internet. Berjuta-juta pengunjung internet menggunakan enjin pencari Google untuk mendapatkan maklumat dan produk yang mereka kehendaki di internet. Mereka akan menggunakan keyword sebagai asas pencarian mereka.

Seseorang yang ingin membuat duit di internet akan menggunakan keyword “make money” atau “make money online” untuk mendapatkan maklumat tersebut. Seseorang yang ingin berkahwin akan menggunakan keyword “wedding”, “wedding gift” atau “wedding gown” sebagai keyword mereka untuk mendapatkan maklumat tersebut.

Maka para advertisers akan membida keyword tersebut berdasarkan kepada produk mereka untuk mensasarkan pengunjung yang menggunakan keyword tersebut dalam pencarian mereka di enjin pencari Google.

Advertisers akan membida keyword tersebut antara Advertisers yang lain untuk mendapatkan kedudukan yang teratas di enjin pencari. Kedudukan iklan yang teratas menjana lebih banyak trafik ataupun pengunjung ke laman web jualan mereka.

Google hanya mengenakan bayaran kepada advertiser apabila pengunjung lakukan klik pada iklan mereka sebab itu ianya dipanggil PPC (Pay Per Click). Sekiranya pengunjung lakukan klik ke bahagian “organic listing” para advertiser tidak akan dikenakan bayaran oleh Google walaupun iklan mereka muncul di tangga teratas dan Google tidak akan menjana keuntungan disitu.

Disini, pastinya Google mahu memaksimakan keuntungan mereka melalui kaedah pengiklanan ini dengan memaksimakan jumlah klik pada iklan para advertisers, kerana disinilah mereka sebenarnya mendapat keuntungan yang banyak iaitu melalui konsep PPC. Klik yang banyak pada iklan advertiser ini pula akan memaksimakan keuntungan kepada advertiser kerana mereka akan mendapat ramai pelanggan yang benar-benar mahukan produk atau perkhidmatan mereka.

Sekiranya Advertiser membida sesuatu keyword tersebut dengan harga $20 per klik dan mendapat pelanggan yang mahukan produk mereka dengan harga $50 maka Advertiser mendapat keuntungan sebanyak $30. Ianya adalah konsep menag-menang diantara Google dan advertisers.

Setakat ini saya telah menerangkan dengan jelas bagaimana Google menjana keuntungan melalui kaedah pengiklanan dengan konsep PPC dan bagaimana pula Advertisers mendapatkan pengunjung ke laman web jualan mereka. Jadi sekarang ini dimana pula kedudukan kita sebagai PUBLISHER dan bagaimana pula kita menjana pendapatan melalui kaedah pengiklanan ini. Disini Google memperkenalkan Google Adsense Program.

  • Share/Bookmark

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment.