Google Adsense Program
Untuk memaksimakan keuntungan mereka, maka Google menyediakan program yang dipanggil sebagai Google Adsense Program iaitu mereka melakukan syndication terhadap iklan-iklan advertisers ini ke laman-laman web atau blog publisher (anda) yang menyertai Google Adsense Program.
Jadi, sekiranya pengunjung tidak melakukan klik di Google Adwords di bahagian sponsored link (sebelah kiri laman web Google) tetapi melakukan klik di laman web atau blog yang berada di organic listing dan pemilik blog atau laman web tersebut menyerati google adsense program, ianya masih ada potensi yang tinggi dimana iklan advertiser itu akan di klik diblog atau laman web tersebut.Contoh iklan adsense (yang kat sebelah kanan blog dan ada tulis Ads by google) klik sini>>>http://healthbuzzinfo.com/?p=307
Bayangkan sekiranya laman web diatas adalah kepunyaan anda, dan pengunjung yang datang kelaman web atau blog tersebut melakukan klik terhadap iklan Google Adsense yang muncul dilaman web anda maka Google akan mengenakan bayaran kepada advertisers tersebut dan berkongsi keuntungan tersebut kepada anda.
Disinilah bagaimana anda berupaya menjana pendapatan melalui Google Adsense. Lebih ramaipengunjung datang ke blog anda, lebih tinggi potensi klik berlaku pada iklan diblog anda maka lebih banyak keuntungan yang dapat anda hasilkan.
Maka untuk memulakan Google Adsense ini, anda haruslah mengetahui topik atau kandungan apakah yang ingin anda paparkan pada blog yang akan anda bina. Untuk memastikan bahawa blog yang anda bina nanti dapat menjana pendapatan kepada anda, maka menjalankan penyelidikan “Niche Market Research” adalah sangat penting sebelum anda membina blog.



















































